Jumaat, 29 April 2011

Petua Untuk Mengasihi Isteri TerCienta

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".   
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.   
3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik ti...dur.  
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.   
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.   
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.   
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.   
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.   
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.   
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.   
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.   
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.   
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.   
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.   
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.   
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.   
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.   
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.   
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.   
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.  

Rabu, 27 April 2011

Jadikanlah Rin Insan Yang Lebih Sabar

MENURUT Islam, SABAR itu terbahagi kepada 3 perkara

1. Sabar untuk menTAATi perintah Allah SWT
2. Sabar untuk TINGGALkan larangan Allah SWT
3. Sabar dalam menghadapi UJIAN Allah SWT

Pembahagian SABAR ini sudah cukup untuk menjadikan aku beroleh KEBAHAGIAAN di dunia dan akhirat.  Namun tanpa sabar, aku akan kerugian malah akan terus hilang segala-galanya.

"Ya Allah... Jadikanlah aku seorang hamba yang cukup sabar dalam menempuh segala ujian dan perintahMu.. Berilah aku satu kekuatan, agar ujian ini adalah hadiah yang sedang kau rancangkan terbaik untukku .. Ku mohon padaMu Ya Allah.. Leraikanlah sifat mazmumah yang ada di dalam hatiku, dan kau lengkapkanlah hati ini dengan sifat2 mahmudah.. Kerana aku tidak mahu tergolong dikalangan hambaMu yang rugi..Ya Allah..Lembutkanlah hati yang keras ini agar sering tunduk sujud padaMu dan berilah aku sinar keinsafan agar aku tidak terus leka dengan mewahnya duniawi.. Ya Allah.. Sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah lagi kerdil di dalam segala ciptaanMu.. Amin Ya Rabbal A'lamin.."

Sarapan Pagi Special

NYAM nyam.. Best betul hari ni.. dah jimat RM3.00.. hidangan Nasi Lemak yang sedap.. dari jauh dah bau harum.. Dato Pegawai Daerah belanja hari ini, saja buat jamuan kat Unit Pentadbiran.. Yang masak pulak orang veteren, memang tiada tandingan sedapnye.. hehe..

PAGI2 telefon pejabat ni dah bunyi,bising betullah... tapi bab2 makan ni memang Rin tak pernah menolak..  " Meh naik atas makan nasi lemak, panggil semua Unit ICT sekali yer..." tu lah suara merdu lunak memanggil makan ... "Wah, makan...." nilah hidangan Rin pagi ni bersama Teh O, Rin yang buat ni... Teh O bujang jer...

 Bismillahirrahmanirrahim... jemput makan...

Tak cukup Sepinggan, Rin tambah lagi... hehe...

Selasa, 26 April 2011

Cinta Air Mata Wanita

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" 

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ".. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk diguna bila-bila pun ia diperlukan."


"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat di mana cinta itu ada."

Ketika wanita menangis
Tidak beerti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya. 
Melainkan justru dia sedang mengeluarkan senjata terakhirnya?

Ketika wanita menangis
Itu tidak bererti dia tidak berusaha menahan,melainkan kerena pertahanannya sudah tak kuat lagi membendung air matanya..

Ketika wanita menangis 
Itu tidak beerti dia ingin dilihat lemah,melainkan kerana dia sudah tak sanggup berpura pura kuat!!!


Makan Malam

RING ring.... ring ring... jam dah pukul 5,sapa pulak yang kol ni, dah habis waktu kerja pun nak kol lagi.. tension aku di buatnya..'Hello.. ye nak cakap dengan sape?'... ( 'Hello kak.. busy ker? Yuyu ni.. teringin lah nak makan udang masak lemak.. Kita masak nak malam ni...' ) Hehe... itu lah pesanan yang Rin terima, budak umah rupanya.. mujur lah tak kena sound tadi...

SAMPAI je rumah, member dah tunggu dalam kereta nak ajak membeli belah kat Tunas Manja Maran.. mata ni penat dah terbayang gambar Pooh atas bantal.. Kepala dah terbayang yang bukan2 rasa nak letak jer kepala atas bantal..  Tapi demi kawan, ku relakan anganku di bawa ke dapur memasak dulu.. Hehehe...

TANG TONG.. tang tong.. wah selesai juga la Udang Masak Lemak yang di idamkan.. Dan ini lah hasilnya..  Jemput makan... hehe.. selamat menjamu selera...


Isnin, 25 April 2011

Ohhhh Begini Rasanya..

TERKADANG Rin rasa cam nak marah pun ada.. Hati ni rasa cam nak pecah je... apetah lagi bila terluka kerana sesuatu.. Tragedi 21 April,2011 benar-benar menguji hati.. Hampa dan kecewa.. Namun Tuhan masih mahu Rin kuat dalam menempuh semuanya.. Mujurlah ada teman2 penghibur hati mampu mengurangkan bebannya menanggung... Nak cakap salah, tak cakap pun rasa serba salah..Biarlah hati ini yang terus berkata2..

Oh begini rasanya
Hatiku sengsara
Mengingat dia hatiku luka
Kerna tergoda oleh cinta
Oh begini rasanya
Hatiku sengsara
Mengingat dia hatiku luka
Kerna tergoda oleh cinta
Diri sanggup membela
Kepada saya yang sengsara
Oh asmara
Banyaklah pengaruhnya
Manusia hidup dalam bahayanya
Oh cinta
Itu memang satu penggoda
Kita harus tahu menjaga
Agar hidup mulia
Oh begini rasanya
Hatiku sengsara
Mengingat dia hatiku luka
Kerna tergoda oleh cinta….

Jumaat, 22 April 2011

Keranamu Kek Batik

DUA minggu lepas, Rin balik kampung.  Saja menjengah mak abah,melepas rindu di hati pada mak abah yang selama ni banyak bersusah payah..  Kebetulan jiran depan rumah nak kawin 23 April,2011 (Sabtu) ni.. Awal2 dah order kek batik nak buat hantaran katanya.. Selebihnya nak jamu para tetamu yang datang membantu menjayakan majlis tu nanti..
Semalam lah bermula cerita Rin sibuk membeli bahan nak buat kek.. Haha.. Balik je dari kerja terus gi Tunas Manja Maran ni.. Hmmm.. terkodek sorang2 bawa barang yang banyak dengan biskutnya lagi.. Alhamdulillah, siap juga kek tu...


Welcome To MyCienta Blog

Welcome To MyCienta Blog
Salam kepada pembaca2 yang sudi singgah ke Blog Rin ni.. Hari ni Rin dah mula berjinak2 dengan Blog.. hehe.. Baru lagi dalam bidang bersembang sorang2 ni.. sekadar nak mengisi masa lapang.. duk rumah pun takde anak yang nak di bisingkan, belum bersuami yang nak dimanjakan.. Apa pun Rin tetap Rin yang dulu yang tak suka nak buang masa..  Mungkin dah biasa dengan tugasan harian yang penuh..  Bila free dah mula terasa BOSAN..