Sabtu, 18 September 2021

Come Back... 2021

 Wowwwwww.....

Dah lama mencari, baru hari ni berjaya juga login semula...

Rindu amat guys... Setelah lama menghilang, hari ni kita buat come back...

Lama sangat tak buka blog ni.. Lupe dah mcm mana nak guna...

Isnin, 20 Jun 2011

Terpaksa Kemaruk Kerja

Salam semua... wahhhh... rindu sangat sbb dah lama rasanya tak update blog.. bukan malas, tapi sibuk sangat dengan macam2 aktiviti.. letih macam tak cukup rehat jer.. paper pun, di kesempatan ni Rin cuba nak luangkan masa untuk update blog ni...
Penat memang terasa tapi lebih puas bila kerja dapat diselesaikan mengikut tempoh yg dah ditetapkan.. Hidup ni tak lengkap kalau masih banyak kerja yang tertunggak.. Heheheee....
Okay lah.. merepek banyak2 pun tak best jg.. input kali ni,Rin nak sembang tentang segala aktiviti yang menyibukkan Rin sampai tidur pun termimpi2 urusan kerja... hahahaaaa...

Input 1
KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif)
Ini lah dugaan, sebut je KIK, orang dah mula tension.. mujurlah Rin ni belum bersuami & ada anak.. sbb KIK ni mmg perlukan komitmen tinggi.. mana taknyer, silap2 hari kena tido pejabat nak siapkan program KIK ni.. Dah lah Kumpulan Rin just 2 orang je perempuan yang lain lelaki belaka.. Buat perbincangan malam plak tu, aper yang buat hati ni selalu terguris, bila ahli2 kumpulan lain kurang bagi komitmen.. yang selalu bagi kerja sama sekadar 3-4 orang jer... memang menyedihkan.. kalau ikutkan marah, nak jer Rin resign.. tapi sbb nama majikan, ku perjuangkan jua...

Input 2
SEKARANG ni musim bersukan, mahu atau tidak nama telah disenaraikan.. tapi bersukan ni merupakan aktiviti utama Rin masa zaman sekolah lagi.. memang berminat tapi bila dah banyak komitmen lain sukan ni dah lama tak di jadikan aktiviti wajib..Nak turun berjogging pun dah malas, sbb tu la badan ni dah penuh berlemak.. Hahahaaa...
SEMPENA Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah Tahun 2011 memang diwajibkan penyertaan untuk 11 daerah kat Pahang ni..Tapi apa yang nak dijadikan topik kali ni, Rin pada asalnye di senarai sebagai pemain Bola Jaring wakil pejabat.. Tapi last minute kena ganti sebagai PENGURUS KONTINJEN BOLA JARING pulak.. Memang sepanjang hayat tak pernah langsung jadi pengurus untuk mana2 game.. walaupun tak pernah namun tanggungjawab harus dilaksanakan juga.. sbg seorang yang cuba diri, Rin cuba2 lah tanyer mana2 individu yang pernah jadi pengurus pemain, boleh lah.. cuba untuk jaya...
BANYAK perkara baru yang harus di lakukan, terutama sekali nak ari sponsor.. memang payah, lagi2 kalau tak kenal mana2 individu apetah lagi YB memeng tak kenal.. tapi semangat & tanggungjawab yang diberi, kan ku cuba untuk yang terbaik.  Alhamdulillah, dari 5 permohonan, kontinjen kami berjaya dapat 3 sponsor dari segi set baju dan tuala.. tahniah kontinjen Bola Jaring.. Antara lain, kena uruskan latihan peserta pulak.. Payah juga kalau dapat pemain yang susah nak dengar cakap pengurus, ikut rentak sendiri jer..lagi2 yang sebaya usia.. tapi bila minta pendapat, senyap takde pulak nak bagi idea bernas.. memang gerutu lah.. so, bukan senang nak jadi pengurus tau..lagi2 orang cam Rin ni, tak berpengalaman, suka2 nak ditindas.. Hahahaaaa... paper pun jauh di sudut hati ni rasa gembira sangat..
SEPANJANG tempoh latihan banyak juga dugaannyer, kena uruskan perlawanan persahabatan antara MARAN vs JERANTUT.. best.. kehebatan kami setaraf jer.. memang friendly and sporting.. amat mengharap dapat  ke final dalam game sebenar..
INILAH perlawanan sebenar yang diadakan kat POLISAS, tempat Rin terima didikan pada 5 tahun dulu.. kini ku kembali di sini menyaksikan betapa banyaknya perubahan yang berlaku di sini.. sempat lagi terkenang saat indah ku di sini.. Heheheeee...

 ANTARA lain kenangan bersama kawan2 yang juga menyertai pertandingan Bola jaring dari Jerantut Dan Temerloh.. baju pun nampak menarik.. Belang2 gitu..

Sabtu, 28 Mei 2011

Aku Menantimu Everyday

Lirik Lagu Pulanglah – Awi Rafael

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Bridge:
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Korus: (2x)
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Bridge & Korus
*Gitar Solo
Ulang Bridge

Runaway…
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Ulang Korus

Siape Awi Rafael ni?

Ibunya yang berasal dari Pontian, Johor dan bapanya dari Jakarta, Indonesia, Awi Rafael mendapat pendidikan persekolahan di Singapura dan merupakan graduan jurusan Undang-undang dan Psikologi. Anak Melayu ini memulakan kareer muziknya dengan merantau ke Australia untuk mencuba nasib dan menimba pengalaman di sana. Dengan berkat ketekunan dan keikhlasan, usaha Awi Rafael membuahkan hasil apabila suaranya diperdengarkan di TV dan radio di Singapura, Brunei dan Indonesia pada usianya yang baru mencecah 20 tahun ketika itu. Sebagai seorang yang pernah menganggotai kumpulan ‘Bhumiband’ suatu ketika dulu, penyanyi yang juga merupakan seorang penulis lagu dan lirik ini kini mula menggiatkan diri dalam industri muzik tempatan sebagai artist solo di bawah naungan Warner Music Malaysia Sdn Bhd.

“Pulanglah” adalah single pertama Awi Rafael. Sebagai protégé Dimas (Hujan), Awi Rafael kini muncul dengan single pertamanya “Pulanglah”. Senilagu dan senilirik oleh Awi Rafael sendiri, “Pulanglah” dikoordinasikan oleh Dimas sebagai produser.

Single yang disusun dalam rentak pop ini adalah berkisarkan tentang kisah cinta. “Pulanglah” merupakan luahan hati sang pencinta yang menantikan kepulangan pujaan hati ke pangkuannya.
Lagu ini bermula dengan dua rangkap verse yang merupakan pernyataan betapa kehadiran sang pencinta yang terabai. Kewujudan sang pencinta yang memendam perasaan kasih dan sayangnya, langsung tidak disedari oleh pujaan hatinya, menyebabkan sang pencinta berasa rendah diri dan hampa dengan layanan yang diberikan.

Pada bahagian ‘bridge’ lagu ini, sang pencinta meluahkan buah fikiran yang merupakan andaian punca kehadirannya tidak diendahkan. Bahagian ini juga turut diselitkan dengan pertanyaan adakah sang pencinta harus menanti kepulangan pujaan hati ke pangkuannya.

Korus “Pulanglah” merupakan permintaan sang pencinta kepada pujaan hatinya untuk pulang ke pangkuannya. Pada bahagian ini, sang pencinta menjelaskan betapa dia telah melalui tempoh penantian yang lama, lantas memberi amaran kepada pujaan hati bahawa ini adalah peluang terakhir untuk pulang ke pangkuannya.

“Pulanglah” secara keseluruhannya adalah lagu sedih yang disampaikan dalam mood relaks, menjadikan lagu ini unik dengan penyampaian serba ringkas dan selamba. “Pulanglah” sesuai sebagai halwa telinga peminat muzik tanahair yang dambakan rentak pop secara lazimnya.'

'Keberkahan dan Keutamaan (Fadhillah) surah al-ikhlas..'

Bismillahirrahmanirrahim..
Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, (QS. Al'Alaq:1)
Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, (QS. Al-'Alaq:3)


*Ketika Memulakan Kerja*
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
umpama cacing kepanasan.
======================================================

*Sebelum Masuk Ke Rumah*
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

==================================================

*Ketika Sakit*

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak
akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
=====================================================
*Khatam al-Quran*
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa
dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam

Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil
pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina
Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan
mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30
jus Al-Quran.
===================================================
*Pahala Membacanya*
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika
saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara
itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca
surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat
Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail
a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

insya Alloh..:
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda
Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa
anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang
disampaikannya kepada orang lain.


Mohon maaf jika terdapat kekurangan pada catatanl ini karena ada benarnya datangnya dari Allah dan adapun kesalahan yang terdapat pada catatan ini datangnya dari kebodohan dan kekurangan dari ilmu kami pribadi..

"Wa maa taf"alu min khoirin ya"lamhullah." (QS Al-Baqoroh : 197) ("Barang siapa mengerjakan suatu kebaikan, Allah mengetahuinya")

Akhir kata kami ucapkan:
"Jazakumullah Akhsanul Jazza Wa Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma wabihamdika AsyaduAllahilaha illa Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. ?

Pedih Betul Bila Terguris..

YA ALLAH.. Tabahkan hati ini & berilah aku keupayaan untuk hadapi segalanya dengan penuh ketenangan.. Sebab tak semua apa yang dh kite lalui ni serba sempurna belaka..  Rajin2lah menunduk bila dah kerap sngt mendongak...

SETIAP yang dh ku lalui umpama satu cabaran & dugaan yang mesti aku tempuh jua walau sepayah mana pun.. Janji Tuhan pada hambaNye.. Dia tidak akan menduga setiap hambaNye lebih dari tahap kemampuan hambaNye itu... Kerana Dia lebih tau kemampuan Ku ini, Sesungguhnya apa yang datang semuanye TERBAIK UNTUKKU...
Aku yang selalu melemahkan diri,manje sangat.. Diduga sikit mula dah nak nangis.... Rapuh sungguh hati ni..

APA pun yang dah pergi,biarkan lah... jangan dikenang,hidup ini ku teruskan jua... Bukan mudah nak dijelaskan betapa nipisnye perasaan seorang WANITA..

Khamis, 26 Mei 2011

Air Air Air...

25 MEI,2011 - Macam-macam betul kejadian tanggal 25 Mei.. huhhhhh... very tired.. tapi bile dikenang boleh buatku tersenyum sendiri.. terasa hidup ni bercorak2 kalah corak kain batik tau.. Semalam habis jer kejohanan karom lebih kurang kul 7 petang.. terasa letih juga la badan ni, maklum lah tak penah main.. sekali main satu badan bisanye, maklum lah nak menggayakan jari ni nak menjentik striker tu... jenoh jenoh...

BALIK je rumah terus jer amik towel nak mandi.. pulas je kepala paip, setitik air pun takde... bikin spoi lah... badan dan satu hari tak mandi, melekit dah tak selesa... Hmmmmm.... termenung Rin... Bukan menung mengenang masa depan, tapi mengenang mana lah aku nak mandi ni....
Lebih kurang camni lah muka Rin masa memikir nak mandi mana, tapi muka Rin comey cikit lah.. hikhikhik..

PENYELESAIAN kisah, akhirnye mandi kat umah my luv... tu pun setelah tiada hala tuju nak pergi, mengadulah kononnyer... heheeeee... Thanks luv...
Lega sangat bila dapat mandi....

Main Karom

25 MEI,2011... Tarikh yang memang banyak cerita.. This is my first experience main Carom,sebelum ni mmg tak penah hayat tau ape itu carom & how to play that game.. Hanya Tuhan yang tahu betapa Rin ni cetek pengetahuan ttg carom.. I siap layari internet lagi u nak tau game ni camner, mujurlah my partner boleh dikatakan ada sikit pengalaman.. memang kelakarkan i ni, tak penah org lain buat..Hahahaaa..tapi yang nak dijadikan cerita hari ni, percaya dalam tidak Rin & my partner (Ummi) menang game ni dapat no.3... Hahahaaaa... pecah rekod dalam hidup aku ni.. Sayangnyer semalam tak dapat nak amik gambar masa bertanding, lupe nak bawa kamera.. Paper pun memang happening giler...

Ini lah dia iklan pertandingan yang dikeluarkan seminggu sebelum hari pertandingan
Dan ini pulak adalah senarai nama yang menyertai kejohanan karom, termasuklah Rin & my partner... Heheheeee...
Inilah habuan yang telah kami menangi, rezeki terpijak ni... heheheeee... Rezeki rezeki rezeki...


Rabu, 25 Mei 2011

Jamuan Perpisahan

PUKUL 9 pagi- Telefon dah berbunyi2 panggil naik atas makan.. hehe...
Majlis perpisahan salah seorang kakitangan Unit  Pentadbiran ke JKR,Maran... Sedih jugalah bila tengok salah seorang berpindah walaupun tak kenal sangat. tapi tetap berjasa dengan Jabatan.. Majlis dimulakan dengan kata aluan EO Rose, kemudian ucapan insan yang dirai Pn Ragayah & CC Anisah ke Unit Pelupusan.. Ucapan yang agak tradis dengan beberapa nasihat kepada kakitangan baru macam I ni lah.. Heheeee...

DAN ucapan khas dari Dato DO sebelum jamuan makan, banyak juga yang dato ucapkan termasuk ucapan terima kasih kepada pegawai yang telah lama berkhidmat di PDTM ni.. Mungkin di tempat baru nanti lebih banyak pengetahuan & ilmu baru yang boleh ditimba...

EO Rose, Insan yang dirai (dari kanan : Pn Ragayah, CC Anisah)

 Ucapan & nasihan dari Dato DO Maran

Antara kakitangan yang meraikan Majlis Perpisan (Rin yang bertudung oren tu...)
Hidangan jamuan Majlis Perpisahan (Nasi Minyak..Sedapppp.. )

MAJLIS diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada insanyang dirai dan jamuan makan yang amat menyelerakan.... makan makan makannnnnn..... heheheeee...

Happy Birthday Mohd Yus Effendi - Adikku Sayang

AL-FATIHAH...
Buat arwah adik yang tersayang, walaupun sudah 17 tahun adik pergi, walaupun hadirmu dalam hidup kami cume sejenak, namun namamu tak pernah akak lupakan... Biarpun hadirmu sekadar 11 hari namun senyummu tersemat indah di sanubari ini.  Menurut mak, pemergianmu penuh dengan senyuman...
SELAMAT ULANG TAHUN KE-17 SAYANG...
Semoga Adik berbahagia di Sana...
AL-FATIHAH..


Tragedi 21 Mei,2011

BENCANA yang tak mungkin dapat Rin lupekan, SEJARAH 2011.  Amat menggerunkan,sbb sebelum ni Rin lum penah alami pengalaman cam ni.. Mungkin pengajaran & peringatan untuk semua termasuk Rin sendiri..  Apa yang terjadi hanyalah satu petunjuk, tapi esok lusa apa yang bakal berlaku kite lum tau lagi.. MasyaAllah... 

TERBAYANG dek mata yang terpana seketika, bagaimana keadaan ribut yang melanda tanah Luit pada 21 Mei yang lalu lebih kurang masa Malaysia 6:45 petang agak menakutkan.. Sehingga melibatkan 7 buat rumah mangsa bencana ribut hujan batu..(Rumah My Luv adalah yang terburuk mengalami kerosakan. Menurut salah seorang mangsa kejadian, keadaan yang pada masa itu, amat gelap dengan debu2 beterbangan beserta ujan dan hujan ais batu.. Keadaan berlaku dengan begitu pantas, cuaca angin kuat beserta kilat dan guruh sabung menyambung telah menerbangkan sebahagian bumbung rumah... Umpama goncangan yang menyentap pantas, keadaan kelam kabut... rumah yang asalnye terang cahaya lampu tetibe gelap gelita..Bekalan Elektrik tiba2 terputus. Kadang2  ada cahaya kelihatan dari celah2 dinding rumah.. nun di luar sana..Doomm... Dammm...Dentuman guruh membuatkan keadaan semakin membimbangkan..

DALAM sedar dan tidak, ruang rumah habis dipenuhi air hujan yang melimpah dari atas syiling, atap rumah telah diterbangkan angin yang kuat.. Banyak kerosakan berlaku termasuklah barang elektrik. tilam bantal dan pakaian, habis semuanya basah... termasuklah laptop aku & laptop My Luv.... Huhuhuuuuuuu.....(Cian kat Rin)

TAPI masa kejadian, Rin & My Luv takde kat umah, kebetulan hantar makanan kat adik (adik My Luv) kat SMK Chenor.  Kami bimbang sebab mak hanya tinggal bersendirian di rumah, abah pulak ke kebun. My Luv sangat risau, bawa kereta pun dengan hati tak tenang.  Panggilan telefon bertalu2 menyampaikan kabaran rumah yang begitu membimbangkan. Kami sampai rumah lebih kurang pukul 7:10 petang. Masa tu rumah dah dipenuhi dengan jiran2 yang datang dari dekat dan jauh melihat kesan akibat bencana.  Tapi insan utama yang ku cari adalah MAK.. Hati ni tak terkate pape, yang nampak pada riak muka mak hanyalah sedih & pilu...

Kesan bencana ribut,hujan, & ais batu

Sebahagian atap yang telah terbang ditemui,selebihnye tersangkut pada atap dapur rumah
KEADAAN yang berlaku tak dapat dibayangkan dengan mata kasar, tapi menurut mangsa kejadian (Ibu My Luv) dan jiran2 yang nampak menceritakan keadaan yang berlaku dengan aksi2 sekali... Owhhhh.... agak menggerunkan Rin...


Tilam lenjun dengan air,tak mampu nak perah

 Kain,karpet & toto dijemuran,tak dapat diselamatkan

SATU lagi pengalaman masa kejadian, malam kejadian Rin tidur atas tilam yang basah akibat bencana, memang tak boleh tidur... penat dah memang tak dapat nak dijelaskan... sakit badan2 ni tido atas tilam basah... Huhhhhh.... Terasa macam tido dalam air jer.. Tapi apakan daya, segala yang terjadi ada hikmahnye.. Tuhan sedang menguji kesabaran hambanye..

Sabtu, 7 Mei 2011

Kursus KIK

DAH puas bercuti, rasa malas pulak nak kerja... Pagi Selasa Rin dah Plan nak wat keje kat pejabat jer... duk senyap2 siapkan fail yg banyak lum dikemaskini lagi dalam sistem... Semangat pagi tu datang keje awal kul 7:30pagi dah masuk pejabat.. Tup Tup dalam tray dah ada surat panggilan Kursus KIK kat Sempurna,Kuantan dari hari Rabu Sampai Jumaat...

HAMPA betul harapan nak berehat.  Walaupun berat hati,tapi tugas tetap diperjuangkan juga... heheheeee... (ayat tarik semangat). Apa salahnya tambah pengetahuan baru..

SEPANJANG duk kat memang seronok, dapat kenalan baru dan yang paling best tak semua orang tahu tentang istimewanya kaedah KIK ni.  Rin lah antara yang terpilih tu...  Selama 3 hari duk kat sini,yang paling seronok bab makan.  Memang sedap......
Inilah perbincangan Kumpulan KIK, kusyuk mendengar Cikgu Hamzah Mutalib memberi ilmu..


Inilah Cikgu Hamzah Mutalib,guru yang mengajar kami disepanjang kursus di Sempurna, Kuantan.


Dan ini adalah antara tugasan kami sepanjang kursus

SEPANJANG duk kat memang seronok, dapat kenalan baru dan yang paling best tak semua orang tahu tentang istimewanya kaedah KIK ni.  Rin lah antara yang terpilih tu...  Selama 3 hari duk kat sini,yang paling seronok bab makan.  Memang sedap......

Rabu, 4 Mei 2011

Percutian Bersama Tersayang

MEMANG ini yang Rin nantikan.... Wah dah lama sangat tak dapat berjalan2 macam ni... Hari Jumaat abang sayang dah jemput pergi rumah.. Pagi Sabtu kami sekeluarga pergi JOM HEBOH, jom buat kecoh... hahaha... penat tak terkata macam nak pengsan pun ada.. tapi ada Rin kesah.. kulit ni dah hangus berjalan berpayungkan matahari... Terima Kasih Sayang... Seronok sangat walaupun tak dapat nak join Ujibakat Membaca Berita.. Bakal mak mertua Rin banyak juga beli makanan untuk cucu2 yang tak dapat pergi Jom Heboh.  Dalam pada tu, tersangkut juga Rin dengan Telekung ni, tertawan dengan tawaran harga yang sangat rendah, RM50 je.. siap dgn beg lagi you.. My Darling said,cantikkkkk..... TQ my love...

TAK cukup penat berjalan kat Jom Heboh, pagi Ahad Bakal Kakak Ipar plan nak mandi pulak... Alang2 cuti 3hari kat rumah bakal mak mertua, Rin pun guna lah peluang yang ada... sape tak nak, bukan mudah nak seronok cam kanak2 riang ni..kalau dulu memanglah sbb budak2kan.. sekarang ni dah layak jadi mak budak.. cuma masa lum tiba lagi.. coming soon...

Gaya tak sabar nak main air,Rin takde sbb jadi jurukamera ni....
PAGI tu Rin dan kuarga bakal kakak ipar gerak awal dari rumah ke Gambang Resort.. memang best dapat main air,punya seronok sampai lupa masa sekejap je berlalu.. sampai ke petang..

Semangat betul nak main air siap bawa pelampung lagi tu...
Takut nak turun pelampung,goyang2 gitu...

TAPI kesan lepas main air, tak ingat panas matahari... sedih sangat, kulit muka, kaki & tangan sudah tukar kalor tau... huhuhuuuuu..... pedihnye tak terkate.... gelap tak terbayang... dah gelap muka ni.. redha ajer lah...

CUTI PEKERJA kali ni Rin happy sangat.... terima kasih sayang....