Isnin, 20 Jun 2011

Terpaksa Kemaruk Kerja

Salam semua... wahhhh... rindu sangat sbb dah lama rasanya tak update blog.. bukan malas, tapi sibuk sangat dengan macam2 aktiviti.. letih macam tak cukup rehat jer.. paper pun, di kesempatan ni Rin cuba nak luangkan masa untuk update blog ni...
Penat memang terasa tapi lebih puas bila kerja dapat diselesaikan mengikut tempoh yg dah ditetapkan.. Hidup ni tak lengkap kalau masih banyak kerja yang tertunggak.. Heheheee....
Okay lah.. merepek banyak2 pun tak best jg.. input kali ni,Rin nak sembang tentang segala aktiviti yang menyibukkan Rin sampai tidur pun termimpi2 urusan kerja... hahahaaaa...

Input 1
KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif)
Ini lah dugaan, sebut je KIK, orang dah mula tension.. mujurlah Rin ni belum bersuami & ada anak.. sbb KIK ni mmg perlukan komitmen tinggi.. mana taknyer, silap2 hari kena tido pejabat nak siapkan program KIK ni.. Dah lah Kumpulan Rin just 2 orang je perempuan yang lain lelaki belaka.. Buat perbincangan malam plak tu, aper yang buat hati ni selalu terguris, bila ahli2 kumpulan lain kurang bagi komitmen.. yang selalu bagi kerja sama sekadar 3-4 orang jer... memang menyedihkan.. kalau ikutkan marah, nak jer Rin resign.. tapi sbb nama majikan, ku perjuangkan jua...

Input 2
SEKARANG ni musim bersukan, mahu atau tidak nama telah disenaraikan.. tapi bersukan ni merupakan aktiviti utama Rin masa zaman sekolah lagi.. memang berminat tapi bila dah banyak komitmen lain sukan ni dah lama tak di jadikan aktiviti wajib..Nak turun berjogging pun dah malas, sbb tu la badan ni dah penuh berlemak.. Hahahaaa...
SEMPENA Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah Tahun 2011 memang diwajibkan penyertaan untuk 11 daerah kat Pahang ni..Tapi apa yang nak dijadikan topik kali ni, Rin pada asalnye di senarai sebagai pemain Bola Jaring wakil pejabat.. Tapi last minute kena ganti sebagai PENGURUS KONTINJEN BOLA JARING pulak.. Memang sepanjang hayat tak pernah langsung jadi pengurus untuk mana2 game.. walaupun tak pernah namun tanggungjawab harus dilaksanakan juga.. sbg seorang yang cuba diri, Rin cuba2 lah tanyer mana2 individu yang pernah jadi pengurus pemain, boleh lah.. cuba untuk jaya...
BANYAK perkara baru yang harus di lakukan, terutama sekali nak ari sponsor.. memang payah, lagi2 kalau tak kenal mana2 individu apetah lagi YB memeng tak kenal.. tapi semangat & tanggungjawab yang diberi, kan ku cuba untuk yang terbaik.  Alhamdulillah, dari 5 permohonan, kontinjen kami berjaya dapat 3 sponsor dari segi set baju dan tuala.. tahniah kontinjen Bola Jaring.. Antara lain, kena uruskan latihan peserta pulak.. Payah juga kalau dapat pemain yang susah nak dengar cakap pengurus, ikut rentak sendiri jer..lagi2 yang sebaya usia.. tapi bila minta pendapat, senyap takde pulak nak bagi idea bernas.. memang gerutu lah.. so, bukan senang nak jadi pengurus tau..lagi2 orang cam Rin ni, tak berpengalaman, suka2 nak ditindas.. Hahahaaaa... paper pun jauh di sudut hati ni rasa gembira sangat..
SEPANJANG tempoh latihan banyak juga dugaannyer, kena uruskan perlawanan persahabatan antara MARAN vs JERANTUT.. best.. kehebatan kami setaraf jer.. memang friendly and sporting.. amat mengharap dapat  ke final dalam game sebenar..
INILAH perlawanan sebenar yang diadakan kat POLISAS, tempat Rin terima didikan pada 5 tahun dulu.. kini ku kembali di sini menyaksikan betapa banyaknya perubahan yang berlaku di sini.. sempat lagi terkenang saat indah ku di sini.. Heheheeee...

 ANTARA lain kenangan bersama kawan2 yang juga menyertai pertandingan Bola jaring dari Jerantut Dan Temerloh.. baju pun nampak menarik.. Belang2 gitu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan